Pengenalan
Muncung turbo membolehkan pembersihan permaidani jauh ke dalam serta
menghilangkan rambut dan bulu dengan cepat dari permaidani.Berus berputar
menanggalkan habuk dan rambut kecil secara aktif, menghasilkan 25% prestasi
pembersihan yang lebih baik di atas permaidani. Roda muncul menghalang
kerosakan sekiranya digunakan sebentar pada lantai yang keras.
Penting
◗ Tidak wajar untuk menggunakan muncung turbo
- pada permaidani yang berbulu tebal (lebih dalam daripada 1.5 cm)
- untuk menyedut objek yang lebih besar (contohnya,klip kertas,butang,paku)
◗ Pastikan kanak-kanak dan haiwan tidak berada dekat dengan muncung
turbo yang sedang berjalan.
Boleh menyebabkan kecederaan sekiranya berus gulung berputar disentuh.
Menggunakan muncung turbo
1 Menggerakkan muncung turbo ke depan ke belakang perlahan-lahan di
atas permaidani.
2 Hanya gerakkan muncung turbo pada arah anak panah semasa anda
memvakum hujung rumbai ambal (gamb.1).
Ini akan mengelakkan rumai daripada tersangkut di dalam berus pembersih.
Membersihkan berus pembersih.
◗ Sentiasa cabut plag sesalur kuasa dari soket dinding sebelum anda
membersihkan berus pembersih.
1 Masukkan mata gunting ke dalam alur berus pembersih (gamb. 2).
2 Gerakkan gunting untuk menangkap benang atau rambut di dalam gunting.
3 Potong benang atau rambut dan keluarkannya secara manual atau dengan
playar kecil.
BAHASA MELAYU30
1 2